Farid Kamil Kini Di Pusat Rawatan, Fadzil Zahari Tidak Ambil Pusing Kritikan Orang Ramai

Kasihan MH tengok keluarga Datuk Farid Kamil setelah berita dia ditahan reman menggemparkan negara minggu lalu. Ingatkan bila dah diikat jamin, senyap lah sikit, rupanya tidak.

Bila diselidik, masih ramai yang memberikan komen-komen pada pelakon tersebut, ada yang berunsur positif dan ada juga yang sebaliknya. Sedangkan MH difahamkan dia kini sedang dalam proses rawatan.

Adiknya, Fadzil Zahari akui bahawa keluarganya tidak ambil ‘pusing’ segala komen-komen yang diberikan masyarakat terhadap abangnya. Katanya, dia tiadak hak menghalang orang ramai untuk bercakap mengenai isu itu.

“Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing.

“Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif. Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun.

“Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar,” katanya kepada Astro Awani.

Bagi MH, betul juga apa yang diperkatakan Fadzil ni, mulut orang memang susah nak tutup. Jadi, nak tak nak terpaksalah abaikan sahaja komen-komen tidak membina ni.

Tambah Fadzil lagi, sokongan daripada ahli keluarga terhadap abangnya adalah lebih penting yang kini masih menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Fadzil juga memberitahu bahawa kakak iparnya, Datin Diana Danielle ada berbicara dengannya mengenai isu yang mengganggu Farid namun ia terlalu peribadi untuk dikongsi umum.

Terdahulu, Farid dirawat dalam tempoh beberapa hari bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih seperti biasa.

Menerusi kenyataan Fadzil, Farid tidak pulang ke rumah sesiapa sejurus dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu sebaliknya terus dibawa ke pusat rawatan.

Fadzil Zahari Tidak Salahkan Masyarakat Terus Komen Negatif Tentang Farid Kamil

Isu penahanan Datuk Farid Kamil baru-baru ini memberikan impak yang agak besar kepada kehidupannya. Sehingga hari ini, masih ramai lagi yang mengkritik dan melemparkan kata-kata negatif terhadap beliau. Persoalan yang selalu ditimbulkan, bagaimana pelakon yang boleh dikatakan dalam kelas A boleh terjebak dengan najis dadah apatah lagi beliau juga baru sahaja dianugerahkan darjah kebesaran oleh Sultan Pahang.

Adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang tidak henti menyokong abangnya berkata, beliau tidak boleh menghalang masyarakat untuk terus bercakap mengenai isu Farid. Apa yang penting, mereka sekeluarga tahu perkara yang sebenar.

Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing. Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif. Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun. Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar.

Ketika ini, Farid difahamkan sedang menjalani beberapa rawatan untuk memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk menenangkan fikiran.

Sumber: Astro Awani