Ilmu/Tips

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

1 kg ayam (Dipotong kecil)

3 batang serai (Diketuk)

10 tangkai cili kering

10 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

3 biji buah keras

1 inci belacan (Sekiranya suka)

(Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, buah keras dan belacan dikisar bersama)

1 cawan air asam jawa

2 cawan air

7 tangkai daun kesum

2 biji tomato (Dibelah 4)

2 pokok daun ketumbar (Dipotong pendek)

3 sudu makan minyak masak

Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga garing.

Masukkan ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan seketika kemudian masukkan air. Didihkan sehingga ayam empuk.

Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak.

Angkat dan hidangkan. Taburkan daun ketumbar.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top