Uncategorized

“Saya simpan gaji saya..” – Tun M dedah tak pernah ‘sentuh’ gaji selama 29 tahun

Tun M dedah tak pernah sentuh gaji selama 29 tahun | Walaupun hari ni usianya telah mencecah 93 tahun, namun Tun Dr Mahathir Mohamad tetap ‘steady’ dan bersemangat bagi menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Tun M menyatakan bahawa jemaah menteri bersetuju agar gaji pokok mereka dipotong sebanyak 10 peratus sebagai tanda prihatin untuk pulihkan ekonomi kewangan negara.

“Saya simpan gaji saya..” – Tun M dedah tak pernah ‘sentuh’ gaji selama 29 tahun

Terbaru, beliau mengakui gaji sebagai ahli Parlimen masih rendah berbanding sektor swasta, namun beliau tidak bercadang untuk menaikkan pendapatan bulanan wakil rakyat di seluruh negara, memetik laporan Mstar Online.

Selain itu, suami kepada Tun Dr Siti Hasmah itu memberitahu bahawa gaji yang diterima ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini adalah mencukupi dan tidak pernah menggunakan wang tersebut.

“Saya simpan gaji saya..” – Tun M dedah tak pernah ‘sentuh’ gaji selama 29 tahun

“Ketika saya menjadi perdana menteri, gaji semasa saya letak jawatan adalah RM20,000 sebulan.

“Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan,” kata Tun M.

“Saya simpan gaji saya..” – Tun M dedah tak pernah ‘sentuh’ gaji selama 29 tahun

“Saya simpan gaji saya..” – Tun M dedah tak pernah ‘sentuh’ gaji selama 29 tahun

Tun M juga turut mendedahkan bahawa beliau tidak menggunakan gajinya selama 29 tahun kerana kerajaan telah memberikan rumah, kenderaan dan membayar elaun perjalanan, bil elektrik serta air.

Wow hebatnya la Tun, simpan hasil kerja kerasnya untuk masa hadapan. Kalau kami rakyat marhaen ni, gaji setiap bulan habis macam tu je!

Sumber : Mstar Online

The post “Saya simpan gaji saya..” – Tun M dedah tak pernah ‘sentuh’ gaji selama 29 tahun appeared first on Detik Berita.

via https://ift.tt/2L3GwXG

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top