Uncategorized

“So Far…Lulus!”- Zara Zya Gembira Keluarga Terima Hafreez Adam

Keluarga Terima Hafreez Adam | Pelakon Zara Zya akui kekasihnya, Hafreez Adam sudah berjumpa dengan keluarganya pada Aidilfiri baru-baru ini.

Zara Zya berkata dia gembira kerana keluarga menerima baik serta merestui hubungan mereka.

“Saya sudah bawa Hafrez balik ke kampung berjumpa keluarga saya pada Aidilfitri baru-baru ini.

“Saya sudah kenalkan dengan lebih rapat Hafreez kepada orang tua saya.

“Alhamdulilah, so far… lulus!” katanya kepada Astro Gempak.

Zara Zya ditemui selepas sidang media program Super Spontan Xtravaganza yang diadakan semalam.

Pelakon drama Mona Lisa itu turut memberitahu dia juga sudah bertemu dengan keluarga Adam serta sedang cuba menyesuaikan diri dengan adik-beradik kekasihnya itu.

“Saya pun sebelum ini sudah berjumpa dengan keluarga Adam dan alhamdulilah ia berjalan dengan baik.

“Saya kini sedang belajar bagaimana hendak bergaul dan menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga mereka.

“Yelah, saya dan Adam sudah serasi. Jadi saya mahu hubungan saya dengan keluarganya juga baik dan selesa,” katanya lagi.

Zara bakal berentap bersama 16 pelawak lain menerusi Super Spontan Xtravaganza bermula pada 20 Julai ini, setiap Jumaat pukul 10 malam di di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

The post “So Far…Lulus!”- Zara Zya Gembira Keluarga Terima Hafreez Adam appeared first on Detik Berita.

via https://ift.tt/2u9AZZ1

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sila support kami

Popular Tag

Copyright © 2015 The Punde Theme. Powered by D'AhYoY

To Top