Saya Rasa Beruntung Jatuh Cinta Dengan Rakan Baik Sendiri” – Nadiyah Shahab

Pelakon drama ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’, Nadiyah Shahab bersyukur kerana jatuh cinta dengan rakan baik sendiri.

Rakan baik dan juga bakal suami yang dimaksudkan oleh Nadiyah itu merupakan pelakon Ben Ali.

Nadiyah menyatakan perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya pada Jumaat.

Kapsyen tersebut disertakan dengan foto yang merakamkan detik bahagia Nadiyah bersama Ben Ali sewaktu majlis pertunangan mereka.

Menerusi ruangan komen foto itu juga, pengikut IGnya meluahkan rasa tidak sabar mahu melihat Nadiyah berkahwin selain mengucapkan tahniah.

Selain Nadiyah, drama karya Siti Rosmizah arahan oleh Along Kamaludin terbitan SR One Sdn Bhd itu, menampilkan Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Biodata Nadiyah Shahab, Pelakon Cantik Berasal Dari Singapura

Siapa sebenarnya gadis cantik bernama Nadiyah Shahab ini? Nadiyah Shahab adalah seorang pelakon baru yang mula mencuri perhatian menerusi drama bertajuk Encik Suami Mat Salih Celup. Buah tangan terbaharu beliau adalah sebagai pelakon sampingan dalam drama berjudul ‘Mr. Hijab’ yang disiarkan melalui Slot Iris TV3.

Sebelum bergelar pelakon, Nadiyah Shahab lebih dikenali sebagai Freelance Model dan juga host untuk rancangan travel ‘Lost At Sea’ yang ditayangkan di saluran Go ASEAN (Astro Channel 737). Dalam rancangan itu, beliau menjelajah dan mengembara ke beberapa bandar dan destinasi utama pelancongan antaranya Myanmar, Filipina, Kemboja, Jogyakarta, Sulawesi Indonesia dan Sarawak.

Biodata Nadiyah Shahab

Nama Penuh: Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab
Nama Komersial: Nadiyah Shahab
Tarikh Lahir: 29 Mei 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Asal: Singapura
Bintang: Gemini
Pendidikan: Jurusan Undang-undang dari Universiti of London, Singapura
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Singapura
Keluarga: Anak sulung dari 2 adik-beradik
Kerjaya: Pelakon, Model, Pengacara
Drama: Encik Suami Mat Salih Celup, Mr. Hijab (2017)
Program TV: Lost At Sea
Facebook: @Nadiyah-Shahab
Instagram: @nadiyah.shahab
Twitter: @nadiyah_shahab
Fakta Menarik Tentang Nadiyah Shahab

Akaun Instagram Nadiyah Shahab pernah digodam dan beliau terpaksa membayar wang berjumlah RM660 untuk mendapatkan kembali akses tersebut.
Pernah dipaparkan dalam Majalah Esquire dalam artikel yang bertajuk ‘The Women We Love of Instagram’ kerana mempunyai pengikut Instagram yang ramai dalam masa yang singkat.
Ramai yang bertanyakan tentang agama Nadiyah Shahab, tentunya beliau beragama Islam.
Pernah digelar sebagai Song Ji-hyo Malaysia disebabkan kecantikan yang dimilikinya.

kredit: astrogempak