Selepas Ibu Tersayang Meninggal Dunia, Ini Imej Terbaru Zul Ariffin Selepas ‘Hilang’!

Selepas Ibu kepada pelakon Zul Ariffin iaitu Robiah Nasir meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi Selasa dipercayai akibat serangan jantung.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh kelab peminat Zul iaitu Zul Ariffin FC di Instagram.

Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman anak perempuannya di Petaling Jaya dan jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Menerusi kapsyen itu, kelab peminat itu memberitahu akan sentiasa mengingati Allahyarham sebagai seorang yang sentiasa menyokong selain bertenaga dan sentiasa positif.

“Sama-sama kita doakan semoga Allahyaraham berada di tempat yang baik,” tulis pada kapsyen itu berserta foto Zul bersama ibu kesayangannya.

Berita itu disahkan kelab peminatnya, Zul Ariffin FC di laman Instagram.

Status dimuat naik berbunyi:

“Kami akan sentiasa mengingati Allahyarham sebagai insan yang sangat positif, bertenaga dan menyokong. Sama-sama berdoa dan moga Allahyarham berada di tempat yang baik.”

Difahamkan, Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman kakak Zul di Damansara, Petaling Jaya.

Image result for zul ariffin

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Zuhur.

Melalui perkongsian wakil Zul Ariffin FC, pelakon utama filem Tombiruo : Penunggu Rimba itu sangat menyayangi ibunya.

Selain itu, foto Zul bersama arwah ibunya yang dimuat naik, turut dihujani ucapan takziah.

Semua sedia maklum, pelakon Zul Ariffin sangat rapat dengan ibunya, Robiah Nasir. Dia pernah menghadiri beberapa majlis besar dengan ibunya. Awal pagi ini ibu kepada pelakon Zul Ariffin disahkan meninggal dunia.

Berita itu mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya sedih dengan pemergian ibu pelakon tersebut. Turut terkesan adalah kelab peminat mereka sendiri. Semoga arwah ibunya ditempatkan di kalangan orang beriman. Salam takziah dari kami.

“Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung.

“Apapun, saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,”

Image result for zul ariffin

Menerusi laporan Kosmo, ibu kepada Zul Ariffin, Robiah Nasir dikhabarkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Allayarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di Sungai Penchala, Damansara kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi.

Indeed we belong to Him, and indeed to Him we return.

We just received sad news that The Boss’ mom just passed away this morning. Our deepest condolences to Boss & family. .

We will always remember her as the most positive, energetic and supportive person. She is with Allah now and let’s pray for her. She’ll definitely be in good place.

Alfatehah buat Robiah Bte Nasir.

Image result for zul ariffin

Kami menerima berita sedih bos kami meninggal pagi tadi. Salam takziah buat keluarga Bos. Kami akan ingat arwah ibunya seorang yang positif. Semoga dia ditempat di kalangan orang beriman. Mari sama sama mendoakannya.

Kelab Peminat Zul Ariffin (ZA.FC) turut memuat naik berita sedih tersebut di akaun Instagram mereka dan kesedihan tersebut turut dikongsi oleh para peminatnya yang rata-rata mengucapkan takziah kepada pelakon tersebut.

Image result for zul ariffin dan ibu

Media melaporkan bahawa jenazah ibu Zul akan disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan. Salam Takziah diucapkan kepada Zul Ariffin dan seisi keluarga.

SETELAH hampir sebulan menyahaktifkan laman sosial Instagramnya, pelakon Zul Ariffin kembali membuka laman tersebut pada Selasa dengan memakai jubah dan penutup kepala iaitu ghutra.

Menerusi posting terbaharu yang dimuat naik itu, Zul, 31, menulis ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan dia dan arwah ibunya, Robiah Nasir.

“Assalamualaikum… Mewakili keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan tanda ingatan.

Posting terbaharu Zul Ariffin di Instagram miliknya.

“Saya minta maaf tidak dapat membalas semua mesej, anggaplah ini sebagai tanda terima kasih diatas ingatan kalian kepada ibu kami, Hajah Robiah Nasir. Terima kasih kerana mengambil berat,” tulisnya.

Ibunya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 Disember lalu.

Instagram kelab peminat Zul Ariffin FC memaklumkan mengenai berita ibu pelakon tersebut meninggal dunia pada 5 Disember lalu.

Foto terbaharu di Instagram itu yang memperlihatkan Zul lengkap berpakaian jubah dipercayai berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sehingga kini, gambar tersebut menerima lebih 60,000 tanda suka dan lebih 2,000 komen daripada pengikut.

Zul mempunyai 1.8 juta pengikut di laman Instagram itu.

Gambar terkini yang dimuat naik di Instagram kelab peminat.

“Harap awak baik-baik sahaja!! Kami rindukan awak, Zul Ariffin. Tolong jangan hilangkan diri lagi daripada laman sosial lagi dan salam takziah atas pemergian ibu tercinta,” komen noraisyah_bahar.

“Waalaikumsalam… Selamat kembali bos @zul_ariffin dengan semangat baru yang lebih baik. InsyaAllah, selamat bercuti,” kata _rara_y.

“Alhamdullillah… semoga dipermudahkan segala urusanmu. Semoga ibumu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tulis seri_ifa pula.

Image result for zul ariffin dan ibu
Ini Puncanya Zul Ariffin Deactivate Akaun Instagram
Pelakon Zul Ariffin mendedahkan terpaksa menyahaktifkan akaun Instagramnya pada awal Julai lalu selama beberapa minggu kerana mahukan ketenangan.

Jelas Zul, 31, tindakannya itu dilakukan bukan kerana berdepan masalah peribadi atau tertekan dengan komen negatif yang melampau oleh netizen, tetapi bimbang dirinya ketagih dengan media sosial.

“Saya cuma deactivate akaun Instagram saya buat seketika sahaja sebab bimbang menjadi ketagih. Ibaratnya bercuti dari media sosial sekejap, bukan kena godam atau sabotaj pun.

“Saya mahu mengambil sedikit masa selama beberapa minggu untuk relaks dan sekarang saya aktifkan kembali akaun saya sebab keperluan daripada segi promosi produk saya misalnya filem lakonan saya yang terbaharu.

Image result for zul ariffin dan ibu

“Apabila beberapa minggu tanpa Instagram, saya rasa lebih tenang dan fokus dengan kehidupan sehari-hari,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran trailer, lagu tema dan poster filem Tombiruo: Penunggu Rimba di Publika siang tadi.

Tambah Zul lagi, komen negatif yang ditinggalkan di Instagramnya tidak pernah menjadi punca untuk dia menyahaktifkan akaun tersebut.

“Komen-komen itu tidak penting bagi saya apatah membuatkan saya rendah diri sampai mahu deactivate Instagram.

“Sekali sekala rasa kelakar apabila membaca balik komen-komen netizen.

Image result for zul ariffin dan ibu

“Saya pun sudah lebih 10 tahun dalam industri dan lali dengan komen-komen sedemikian. Nak balas pun tak guna sebab ia akan sentiasa ada,” katanya yang tidak menolak akan menyahaktifkan akaun media sosialnya lagi selepas ini seandainya perlu.

Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul sebagai pelakon utama filem adaptasi novel Tombiruo: Penunggu Rimba pada 12 Oktober depan.

Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan kehidupan Ejim yang digelar Tombiruo. Lelaki yang sentiasa bertopeng itu disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Selain Zul, filem adaptasi novel tulisan Ramlee Awang Murshid itu dibintangi oleh Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk M. Nasir, Faizal Hussein dan Faye Kusyairi.

Zulkifli bin Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul Ariffin ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu lakonannya dalam siri drama Astro Ria, Awan Dania dan kemudiannya beralih ke peranan utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak Inspektor Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Projek terbarunya drama bersiri di Slot Akasia “Titian Cinta” yang digandingkan bersama heroin “Farah Nabilah” mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton. Selain itu, filem lakonannya “J Revolusi turut mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Satu lagi filem lakonannya “Tombiruo” bakal memecah panggung (dijangkakan 12 Oktober 2017) tidak lama lagi.

Jom baca 8 fakta menarik tentang Zul Ariffin yang ramai gadis-gadis luar sana belum tahu

1. Berdarah kacukan Melayu-Belanda dan berasal daripada Taiping, Perak. Ibu Zul mempunyai darah . keturunan Belanda manakala ayahnya adalah Melayu. Patutlah muka ala-ala Pan Asia gitu.

2. Lahir pada  25 Oktober 1986 dan berketinggian 185 cm. Memang suai sangatlah jadi model. Tinggi macam galah.

3. Anak bongsu daripada 4 beradik juga dianggap “Baby” dalam keluarga

Image result for zul ariffin dan adik beradik

Zul Ariffin mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang. Jarak usia antara abang sebelumnya agak jauh, 11 tahun. Ketika membesar di Taiping, abang-abang dan kakak-kakak Zul tidak ada di sana. Mereka semua berhihrah ke Bangsar. Zul membesar sebagai ‘anak tunggal’

4. Bercita-cita ingin menjadi anggota “Tentera Laut Diraja Malaysia” namun tidak layak disebabkan kecederaan patah di bahu. Alahai.. Tak pe tuhan ada perancangan lain. Kalau tak, tak dapatlah tengok Zul dekat TV.

5. Pernah menjadi Barista di Dome Cafe.

Selepas menamatkan pengajian SPM, Zul berhijrah ke bandar dan tinggal bersama kakak dan abangnya sebelum memulakan latihan sebagai model fesyen dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen di bandar. Ha, suai sangatlah Zul jadi model iklan Necafe.

6. Sukakan Kucing

Zul gemar bermain dengan 2 ekor kucingnya selepas pulang daripada bekerja. Selalu juga Zul memuat naik gambar kucing di “Insta Story” akaunnya.

7. Kakaknya Hanim pernah menjadi model iklan rokok Peter Stuyvesant. Bermula daripada kakaknya, Zul Ariffin mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang permodelan.

8. Pernah melanjutkan pelajaran di UiTM dalam jurusan seni halus kemudian tidak sesuai bertukar kepada seni grafik.  Walau bagaimanapun, Zul tidak menamatkan pengajian dan berhenti belajar kerana sudah tidak berminat mahu terus belajar dia menyertai dunia lakonan.

Begitulah serba sedikit profil hero kegilaan Malaysia ni.