Tahniah! Zarema Zainal selamat melahirkan Hero yang ke 4 yang comel..😍😍

Tahniah buat Aidil Zafuan dan isteri..
Alhamdulillah Isteri Aidil telah selamat melahirkan baby boy pada 20 januari 2018 lepas.. Hero ke 4 buat pasangan ini.

Aidil Zafuan dan Zarema Zainal telah berkahwin pada 14 Mac 2014..Tahniah diucapkan kepada Aidil Zafuan dan isteri, Zarema Zainal yang telahpun selamat melahirkan bayi lelaki mereka baru – baru ini. Bayi pertama mereka diberi nama Ayden Zeeyad bin Mohamad Aidil Zafuan.

Selebriti bola sepak negara, Aidil Zafuan telah memuat naik GAmbar anaknya, hero ke 4.. macam mana agaknya wajah hero aidil ni..ikot siapa agaknya.. kepoh tak sabar nantikan wajah baby baru aidil dan zarema😍😍

Pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan yang juga abang kembar kepada Zaquan Adha melalui Instagram nya telah mengumumkan isterinya, Zarema Zainal telah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Aidil telah memberitahu isterinya itu telah selamat melahirkan anak mereka yang juga lelaki pada Sabtu lalu pada jam 5.45 pagi. Aidil dan Zarema telah berkahwin pada 2014 dan dikurniakan seorang Ayden Zeeyad bin Mohamad Aidil Zafuan yang kini berusia 4 tahun.

Terdahulu, Aidil pernah berkahwin dengan pelakon popular, Rita Rudaini dan mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sebelum pasangan ini disahkan bercerai pada 2013 dengan talak satu menerusi kiriman SMS.

Apapun, kami di Hangat.com mendoakan yang terbaik buat mereka dan sudah pasti ingin melihat mereka berbaik demi anak – anak seperti yang ditunjukkan oleh Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi.

Melalui instagram Aidil Zafuan;

Ayden dah jadi Abang..kepoh nampak Ayden sayang dengan adik…

Tahniah buat aidil dan zarema..

Sumber:instagram Aidil zafuan