[VIDEO] Lihat Apa Yang Terjadi Bila Nabila Razali & Iqram Dinzly Menari Untuk Lagu Demi Pematah Hati! Nabila Sampai Tersipu Malu…

Sebelum ini PENYANYI dan pelakon Nabila Razali mengakui sengaja mencipta ‘drama’ di laman sosial dengan menulis kapsyen seakan-akan sedang mengenali seseorang.

Menurut Nabila, 25, tujuan dia berbuat demikian bukan kerana inginkan perhatian tetapi untuk memudahkan peminat memahami cerita di sebalik lagu terbarunya iaitu Pematah Hati.

“Sebenarnya saya cuba cipta drama di media sosial untuk bagi orang memahami apabila dengar lagu terbaru, Pematah Hati.

“Apabila mereka baca kapsyen yang saya kongsikan di Instagram, barulah senang untuk mereka tahu cerita di sebalik lagu tersebut,” kata Nabila kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Nabila juga memberitahu bahawa ada beberapa kapsyen yang dikongsikan ada kaitan dengan kisah cintanya yang sudah berakhir beberapa bulan lalu.

Nabila mahu fokus pada karier seni.

“Kebetulan pula saya memang tengah patah hati selepas putus cinta dengan seseorang. Hubungan saya dan dia hanya bertahan selama enam bulan sahaja dan berpisah pada beberapa bulan lalu.

“Memang tidak dinafikan masih lagi terasa sedih tapi tak bermaksud kena meratapi setiap masa. Tapi saya dan dia putus dengan cara baik kerana kami sudah tidak lagi sefahaman,” ujarnya.

Sementara itu, Nabila memberitahu hatinya tidak ada istilah tertutup atau terbuka untuk mana-mana lelaki dekatinya.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Cemburu ini, dia tidak terburu-buru untuk mencari cinta memandangkan dia masih muda.

“Nak cakap serik bercinta tu, rasanya tidaklah tapi buat masa sekarang saya lebih fokus pada karier seni.

“Saya tidak menutup atau membuka pintu untuk sesiapa. Jika jodoh datang, saya tidak menolak. Cuma, saya tidaklah mahu terburu untuk bercinta,” katanya.

Aduh lucu pulah MH tonton video Pematah Hati versi Nabila Razali bersama Iqram di sebuah majlis keramaian.

Seperti yang kita tahu pelakon Iqram Dinzly sering sahaja menari di Live Video Instagram miliknya berlatar belakangkan lagu Pematah Hati.

Tetapi kali ini penonton boleh melihat secara depan-depan bagaimana Iqram boleh ‘berduet’ dengan penyanyi asal lagu Pematah Hati ini.

Kemunculan Iqram telah buatkan ramai orang teruja dan menjerit kegembiraan!

Bukan main lagi Iqram menari, okay tak nak cakap banyak korang tengok sendiri macam mana Iqram menghayati lagu tersebut!

https://www.youtube.com/watch?v=hZ0rierxm4Q&ebc=ANyPxKpnQiXiBmCC4cFKByoXCw-adKhlVIlyYtd4L5TLAxGsoVaxkE3BRiCQwOzzvqakEadcR_5NFF3Jwo57jgh7uDdNharyUQ